Khairy Jamaluddin Abu Bakar Covid-19 vaccine National Covid-19 Immunisation Prorgamme registration Undi 18 delay EC Election Commission work performance online poll survey
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan membuat laporan polis untuk menjejaki dalang di sebalik sebuah syarikat tidak wujud yang menawarkan dua juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang menerusi sindiket penipuan.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin akan mengarahkan CITF membuat laporan polis dengan kadar segera.

“Kita mahu mengetahui dalang dan identiti individu yang membuat penawaran sumbangan vaksin yang tidak wujud menerusi surat permohonan tidak ada kepala surat itu.

“Isu ini sangat serius kerana dia menerusi penawaran yang sah satu scam penipuan telah mengelirukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

“Malah beliau (Kon Yeow) menggunakan surat penawaran palsu vaksin itu sebagai asas menuduh Kerajaan Persekutuan tanpa bukti sahih kononnya kami cuba menghalang kemasukan sumbangan vaksin itu ke Pulau Pinang,” katanya dalam sidang media khas maya hari ini.

Khairy yang juga Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menambah tindakan Kon Yeow dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam yang menuduh secara melulu tanpa soal selidik  satu fitnah yang sangat serius.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mereka itu yang kita cuba menghalang, menyekat sumbangan vaksin ke negeri itu. Kalau kita lihat surat tawaran itu tidak ada kepala surat yang teratur langsung,” ujarnya.

Beliau dalam sidang media sama mendedahkan semalam ada juga satu lagi syarikat bernama Yayasan Sekhar yang meluahkan hasrat kepada CITF untuk menyumbangkan bekalan vaksin jenis Sinovac kepada PICK.

Menurutnya, syarikat itu menyatakan hasrat untuk mendermakan 200,000 vaksin Sinovac kepada kerajaan negeri.

“Saya semak dengan syarikat Pharmaniaga yang menguruskan pembekalan dos vaksin di dalam negara tetapi tiada sebarang bukti urusan langsung.

“Dia (urusan pembelian vaksin) mesti ada dokumen yang boleh sahkan ada tempahan atau pembelian telah dibuat namun dalam soal Yayasan Sekhar ia (urusan beli/tempahan) langsung tidak ada.

‘Ketua blok pembangkang Parlimen juga semalam menuduh kerajaan Pusat cuba halang bekalan vaksin yang mahu datang ke negeri Selangor…tapi saya boleh check sama ada ia sahih atau tidak (tawaran atau urusan),” ujarnya.

Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, kementerian dan CITF tidak ada masalah untuk mana-mana pihak swasta atau kerajaan negeri yang mahu mendapatkan bekalan secara sendiri tetapi tempahan kerajaan Pusat untuk PICK perlulah diberi keutamaan terlebih dahulu sam ada ia dalam bentuk finished product atau non finished product.

Malah katanya, syarikat-syarikat yang mahu menawarkan bekalan vaksin dalam bentuk sumbangan  perlu memastikan ia didaftar dan diselidik dan diluluskan oleh Bahagian Regulatori Kawalan Farmasi Kebangsaan (NPRA).

“Negeri-negeri boleh meneruskan pemberian vaksin berdasarkan bekalan yang ada pada mereka sekarang tetapi jika melibatkan pembelian atau tempahan Sinovac kerajaan Pusat perlu diutamakan untuk program kebangsaan.

“Selepas semua tempahan vaksin untuk kerajaan Pusat dipenuhi kita memberi jaminan akan menyalurkan kepada kerajaan negeri juga tanpa halangan dengan segera manakala untuk Sarawak tidak memerlukan bekalan vaksin tambahan.

“Ia dinyatakan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang gembira dan berpuas hati dengan penjelasan saya dalam bekalan vaksin,” ujarnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

KM Pulau Pinang, Guan Eng tertipu dengan scam vaksin – KJ