Datuk Seri Jamal Md Yunos
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos. foto SYAFIQ AMBAK, 11 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Ibu kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos meninggal dunia di Hospital Ampang, kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Jamal memaklumkan berita sedih itu di Facebook miliknya.

Allahyarhamah Maimunah Saman, 82, meninggalkan sembilan anak termasuk Jamal yang merupakan anak keenam.

Arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Leman, Sekinchan selepas solat Asar petang ini.

“(Arwah emak) berjuang tanpa putus asa, akhirnya al-Fatihah buat emak,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast