KUALA LUMPUR – CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) ) berkata, program bantuan bantuan kewangan akan terus tersedia untuk pelanggan yang terjejas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Bantuan tersebut antara lain termasuk program bantuan pembayaran bersasar untuk individu B40 dan perusahaan mikro dan penyusunan dan penjadualan semula pinjaman dan pembiayaan bagi individu M40 dan pelanggan lain yang terjejas.

Pelanggan diberi jaminan bahawa sebarang bantuan kewangan yang diambil tidak akan mempengaruhi status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat mereka, kata CIMB.

Setakat pertengahan Mei ini, CIMB telah memberikan bantuan pembayaran kewangan lebih daripada RM21 bilion kepada kira-kira 160,000 peminjam individu dan PKS dengan kadar kelulusan hampir 100 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast