Sepanyol membenarkan pengambilan vaksin dos kedua AstraZeneca atau Pfizer kepada rakyatnya berusia 60 tahun ke bawah.

MADRID – Sepanyol akan membenarkan rakyatnya berusia 60 tahun dan ke bawah yang telah mengambil dos pertama vaksin Covid-19 AstraZeneca (AZ) untuk mengambil dos keduanya.

Rakyat Sepanyol  kini diberi pilihan menyuntik AstraZeneca atau Pfizer BioNTech untuk dos kedua nanti, kata Menteri Kesihatannya Carolina Darias pada Rabu, lapor Reuters.

Pengambilan dos kedua yang berbeza dengan dos pertama menurut Sepanyol memberi jaminan ia tidak akan membawa sebarang komplikasi kepada rakyat.

“Ia satu keputusan penting yang perlu diambil kerajaan dengan mengambil situasi semasa Covdi-19 di dalam negara ketika ini, kata Darias dalam sidang media khas semalam.

Sehingga kini mereka yang sudah menerima dos pertama vaksin AstraZeneca menghadapi masalah selepas kerajaan Sepanyol menyekat vaksin itu pada Mac lalu untuk warganegaranya berusia 60 tahun ke bawah disebabkan kebimbangan masalah pembekuan darah.

Dasar baharu itu telah menjejaskan kira-kira 1.5 juta rakyat Sepanyol yang sudah mengambil dos pertama AstraZeneca sebelum ini dan menunggu untuk temujanji pengambilan dos keduanya.

Satu kajian yang dikendalikan oleh Institut Kesihatan Carlos III mendapati pemberian dos vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer BioNTech kepada rakyat yang sudah menerima dos pertama AstraZeneca adalah selamat dan sangat efektif tanpa sebarang kesan sampingan.

Malah dapatan kajian itu membuktikan antibodi dalam darah seseorang yang mengambil Pfizer 40 peratus tinggi berbanding penerima AstraZeneca.-MalaysiaGazette