Dr Ayman Abu pakar perubatan yang mengetuai pasukan kesihatan Covid-19 di Gaza terbunuh dalam serangan udara tentera Rejim Zionis Israel.

GAZA – Tanpa sebarang amaran, serangan udara rejim Zionis Israel di Gaza telah melumpuhkan sistem kesihatan serta sumber manusia di Palestin.

Lebih menyedihkan, seorang doktor pakar, Dr Ayman Abu al Ouf yang mengetuai perubatan di Palestin di hospital utama juga terbunuh bersama 12 ahli keluarganya.

Mereka termasuk ibu bapanya dan isteri Reem dan anak lelaki dan perempuan berusia 17 dan 12 tahun.

“Ini benar-benar satu kehilangan besar bukan sahaja secara peribadi untuk kami kerana kami kenal Ayman dan juga kehilangan besar untuk pelajar perubatan serta pesakitnya,” kata Dr Ghaith al-Zaanin seorang kawan rapat yang pernah tinggal bersama di Kanada.

Ayman Abu dikatakan mengetuia pasukan Covid-19 di Hospital Gaza City dan memantau rawatan Covid-19 pesakit bersama beberapa pakar penyakit respiratori.

“Kamu perlukan pengalaman latihan perubatan 10 hingga 15 tahun untuk mendapatkan seorang doktor pakar berkelayakan seperti Ayman Abu.

“Dia mengabadikan kehidupannya untuk berkhidmat kepada rakyat dan pesakit selain mengajar generasi baharu pakar dan doktor,” katanya.

Abu meninggalkan hospital hanya beberapa jam selepas rumahnya musnah dalam serangan di al-Wahjda Street.

Abu yang tertimbun di bawah runtuhan bangunan musnah itu selama 12 jam dan hidup untuk beberapa jam kemudian sebelum meninggal dunia menurut salah seorang doktor yang menerima latihan di bawahnya, Haya Agha.

Satu-satunya anak lelaki Dr Abu iaitu Omar berusia 15 tahun terselamat dengan kecederaan dalam serangan tersebut dan sedang dirawat tanpa mengetahui bahawa ibu bapa dan beradiknya sudah tiada.

Abang Omar seorang graduan Ijazah Sarjana Muda dalam Kimia.

Menteri Kesihatan Gaza berkata, setakat ini 227 orang telah terbunuh termasuk 102 kanak-kanak dan wanita sejak 10 Mei lalu.

Pakar Neurologi Palastin, Dr Mouin al-Aloul antara yang turut terbunuh dalam serangan itu.

Enam hospital dan 11 pusat kesihatan utama juga rosak teruk bersama satu-satunya makmal ujian Covid-19 menyebabkan infrastruktur fizikal dan sumber manusia telah lumpuh sepenuhnya.

Mereka juga kekurangan dari segi katil Unit Rawatan Rapi, alat bantuan pernafasan dan peralatan perubatan yang lain.

“Kebanyakan kes cedera yang diterima doktor kami adalah tidak pernah dirawat sebelum ini dan kebanyakan pesakit memerlukan pembedahan kritikal namun kebanyakan doktor kami tidak terlatih untuk melakukannya,” kata salah seorang lagi doktor, Dr Agha.-MalaysiaGazette