Mohd Rosni.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menerima empat laporan berhubung dakwaan penipuan tawaran dua juta dos vaksin Sinovac untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada sebuah sebuah syarikat swasta di Hong Kong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Rosni Mohd Lazim berkata, empat laporan diterima pihaknya itu membabitkan parti politik dan individu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Artikel berkaitan : KM Pulau Pinang, Guan Eng tertipu dengan scam vaksin – KJ

MalaysiaGazette semalam melaporkan, satu syarikat swasta yang didakwa kerajaan Pulau Pinang kononnya mahu mendermakan dua juta dos vaksin Sinovac sebenarnya tidak wujud.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mendedahkan, syarikat itu sebenarnya satu penipuan (scam) dan terkejut bagaimana seorang ketua menteri tanpa menerimanya tanpa usul periksa tawaran berkenaan terlebih dahulu.

Khairy turut mempersoalkan bagaimana kerajaan Pulau Pinang menggunakan penipuan untuk menuduh kerajaan Persekutuan cuba menghalang penerimaan dua juta dos dari syarikat itu. – MalaysiaGazette