Senator Datuk Razali Idris.

KUALA LUMPUR – Tindakan emosional Lim Guan Eng yang menuduh kerajaan melakukan jenayah dalam penyediaan dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sangat serius.

Lebih memburukkan keadaan, ungkapan ‘kepala otak dia’ oleh Ahli Parlimen Bagan di dalam satu video dimuatnaik dalam Facebook yang merujuk kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin satu penghinaan kepada seorang menteri Kabinet dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Ini satu perbuatan kurang ajar dari seorang pemimpin kanan DAP yang dilihat terlampau beremosi berikutan tidak boleh menerima kenyataan Khairy yang menjelaskan tawaran dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma kepada kerajaan Pulau Pinang adalah palsu,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu, Senator Datuk Razali Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan pelik Guan Eng dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dianggap tidak mempunyai integriti serta pentadbiran yang tidak cekap andainya benar seperti mana yang dimaklumkan oleh Khairy.

“Ini bukan satu jenaka atau perkara yang perlu dipolitikkan. Saya menganggap tindakan pemimpin DAP dan kerajaan Pulau Pinang telah “rosak mentaliti” demi meraih simpati rakyat serta menuduh secara jahat kepada kerajaan PN,” ujarnya.

Sehubungan itu, Razali turut menyokong tindakan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 untuk membuat laporan polis di atas tindakan kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan menggunakan surat palsu untuk menuduh kerajaan PN menghalang pemberian vaksin.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Sekiranya “… tawaran dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma kepada kerajaan Pulau Pinang adalah palsu,” juga palsu maka benarlah Penang dapat vaksin free.

  2. Kita jgn cepat lupa kata kata mantan PM ‘haram jadah’ terhadap rakyat Felda…lagi lebih teruk..

Comments are closed.