Pegawai KKM mengangkat mayat seorang lelaki berumur linkungan 40 an yang maut akibat terjun dari tingkat 12 Flat Loke Yew, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 22 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan bertindak terjun dari tingkat 12 Blok 28 rumah Flat Loke Yew selepas dia dilihat bersenam seorang diri di tingkat tersebut.

Ketua Polis daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebelum kejadian mangsa, P. Vimal Raagavendran, 37, telah dilihat berlegar-legar di tingkat 12 bangunan tersebut.

Katanya, polis menerima panggilan daripada salah seorang penduduk flat berkenaan,Jeya Barathi, yang memaklumkan terdapar seorang lelaki telah memanjat tembok dan mahu terjun dari bangunan itu.

“Hasil siasatan awal mendapati, si mati kelihatan berlegar-legar di tingkat 12 pada jam lebih kurang jam 1.50 petang tadi sebelum ditegur salah seorang saksi yang lalu di situ.

“Mangsa hanya melemparkan senyuman kepada saksi dan secara tiba-tiba bersenam elak keraguan dan secara tiba-tiba memanjat tembok.

“Beberapa orang awam telah cuba memujuk mangsa supaya jangan melakukan sesuatu buruk dan meminta mangsa turun namun mangsa beberapa minit kemudian telah terjatuh dan mati,” katanya dalam kenyataan di sini.

Video insiden berdurasi 26 saat yang dirakam oleh salah seorang penduduk flat tersebut mendapati lelaki itu memegang pagar di kiri dan kanannya di tingkat 12 dan beberapa orang penduduk cuba memujuk lelaki itu supaya jangan berbuat apa-apa dalam bahasa Tamil.

“Jangan terjun, jangan buat apa apa, tolong turun sekarang!,” jerit lelaki itu sebelum mangsa menolaktangan seorang individu yang cuba mencapai tangan kanannya sebelum melepaskan kedua-dua tangannya dari pagar.

Tambah beliau, pemeriksaan polis pada badan mangsa mengalami kecederaan di kepala bahu, tangan dan kaki.

Siasatan polis mendapati mangsa  berasal dari Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang.

“Kita belum dapat menentukan apa pekerjaan mangsa dan asal usulnya memandangkan penduduk di flat berkenaan tidak kenal mangsa.

“Punca kejadian masih belum diketahui dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) ,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Sewaktu PKP 1.0, terdapat banyak kes melibatkan masalah mental. Kes bunuh diri banyak berlaku cuma kita tak hebohkan perkara ini.

    “Inilah yang kita nak jaga rakyat kita supaya jangan terlalu menderita… walau kita nak selamatkan nyawa tapi ada rakyat menderita,”

    Tengok baru 3.0.1 sudah ada kes

  2. Kerajaan dah buat yg terbaik!!Rakyat kenalah patuhi SOP sepenuhnya.Jangan degil sangat!!

Comments are closed.