The government has extended the period for the appeal of Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) beginning 15 until 30 June for those whose application were not approved.
Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta bagi menangani penularan Covid-19 dengan peruntukan keseluruhan meningkat kepada RM1 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dengan peningkatan kes harian, peruntukan tambahan itu akan digunakan untuk menambah kapasiti unit rawatan rapi (ICU) dan katil di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelas beliau, peruntukan itu juga akan disalurkan di hospital pengajar universiti serta menyediakan hospital medan Kementerian Pertahanan.

“Peruntukan tambahan juga meliputi peralatan, ubat dan bahan guna habis yang berkaitan dan pelantikan pegawai perubatan secara kontrak termasuk pesara.

“Kementerian Kewangan akan terus memantau keadaan dan komited untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi membendung penularan Covid-19,” katanya pada sidang media khas menerusi aplikasi Zoom, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul menambah, peruntukan khas asal itu adalah sebanyak RM800 juta bagi tahun ini.

Jelas beliau, sebanyak RM318 juta peruntukan telah dibelanjakan sehingga hujung April lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast