Harry Maguire. Foto ESPN.

LONDON – Kapten Manchester United, Harry Maguire disahkan tidak akan beraksi pada final Liga Europa minggu depan menentang Villarreal, kata Ole Gunnar Solskjaer semalam.

Pemain berusia 28 tahun ketika ini menjalani pemulihan daripada kecederaan pergelangan kaki berdepan Aston Villa awal bulan ini dan dilihat mula berjalan tanpa memakai topang kelmarin.

Bagaimanapun Solskjaer memberitahu, Maguire tidak sempat cergas bagi perlawanan menentang kelab Sepanyol itu di bandar Poland, Gdansk awal pagi Khamis ini waktu Malaysia.

“Dia sudah dapat berjalan namun masih tidak dapat berlari. Saya perlu bercakap jujur kita akan melihatnya di Gdansk, tidak,” kata pengendali dari Norway itu.

Pertahanan United kini goyang selepas ketiadaan Maguire apabila mereka tewas dua kali dan seri sekali dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast