MGNews: Usaha Pertahankan Palestin Perlu Berterusan – Tun M

Satu strategi jangka panjang perlu dirancang dalam menangani isu serangan ke atas Palestin oleh Israel yang berlarutan sejak 70 tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, antara strategi itu dengan mempengaruhi mahasiswa dari seluruh negara Islam di dunia yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia dengan menjalinkan hubungan rapat.