Messi belum memulakan sebarang runding pembaharuan kontrak bersama Barcelona di Nou Camp yang akan tamat Jun ini.

MADRID – Barcelona masih belum memulakan rundingan untuk membaharui kontrak Lionel Messi.

Ia menyebabkan kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain mengikuti perkembangan kontrak he Catalans itu, lapor pemerhati bola sepak Sepanyol, Guillem Balague.

Kontrak bintang Argentina berusia 33 tahun itu akan tamat pada akhir Jun ini.

Situasi itu menyaksikan beberapa pemain bakal meninggalkan Barcelona mulai Jun ini.

“Messi akan memantau situasi untuk dua minggu ini sebelum mengambil tindakan lanjut mengenai status kontraknya,” kata Balague.

Pada Ogos 2020, Messi menghantar surat permohonan kepada Barcelona untuk memasukkan klausa dalam kontrak yang membolehkan pemain itu meninggalkan kelab tersebut secara percuma.

Namun Barcelona meletakkan syarat mana-mana kelab yang berhasrat mengikat pemain itu perlu mencapai klausa pelepasan yang ditetapkan. – MalaysiaGazette