Ujian saringan Covid-19 dijalankan di di perkarangan Masjid UTM sehingga 21 Mei ini.

JOHOR BAHRU РJabatan Kesihatan Negeri Johor  (JKNJ)  mengesahkan terdapat 64 kes positif Covid-19 bagi Kluster Lingkaran Ilmu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dalam pada itu, seramai 828 kontak yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar disaring, manakala 501 individu masih menunggu keputusan.

Katanya, ujian dilakukan susulan peningkatan kes yang secara mendadak di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), lantaran itu PKPD dilaksanakan di UTM dikuatkuasakan sejak semalam.

“Pejabat Kesihatan Daerah Kulai dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM menjalankan saringan bergerak di UTM.

“Seramai 470 kontak termasuk kakitangan dan pelajar disaring di perkarangan Masjid UTM sehingga 21 Mei.

“Terdapat satu kes positif dikesan menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 64 kes bagi Kluster Lingkaran Ilmu dengan 838 kontak disaring dan 501 orang masih menunggu keputusan,”katanya.

Orang ramai diingatkan untuk sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka, kerap cuci tangan dan mengelakkan hadir ke majlis dan tempat sesak dalam tempoh PKP.-Malaysiagazette