Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Seramai 1,494 individu yang menjalani Program Saringan Covid-19 oleh Kerajaan Negeri Selangor didapati positif.

Angka itu daripada 29,239 individu yang menjalani ujian tersebut, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Program Saringan Komuniti Covid-19 adalah percumai ke atas rakyat di 56 DUN di Selangor yang dilaksanakan bermula 8 Mei lepas sehingga 10 Jun.

Orang ramai boleh menyertai ujian saringan ini dan pra-daftar di screening.selangkah.my/login atau gunakan SELangkah.

Menurutnya, Prevention of Outbreak at Industry Sites (POIS) yang dilaksanakan juga dapat mengurangkan 40% penularan pandemik ini di tempat kerja.

Sehingga kini hampir 44,000 individu telah menyertai POIS dengan kerjasama industri.

Selangor merupakan negeri yang merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi dan setakat tengah hari tadi mencatatkan  sebanyak 2,235 kes.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 167,629 kes setakat ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast