Siti Nurul Hawana (kiri) bersama ahli keluarganya sebelum tragedi yang mengorbankan ibu, bapa dan adiknya.

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran yang kehilangan tiga ahli keluarga dalam tempoh tiga hari akibat Covid-19.

Dalam ciapan di laman Twitter Azmin berkata, beliau pasti semua orang turut bersedih dengan berita yang melibatkan keluarga salah seorang petugas barisan hadapan negara.

Siti Nurul Hana yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kehilangan bapa Amran Sadon, 56, ibu Hasminah Parmin, 57, yang meninggal dunia di Hospital Cancelor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras,  Khamis lalu.

Adiknya Muhammad Luqman Idham Amran, 20, pula meninggal dunia ketika menerima  rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor Selasa lalu.

Harian Metro melaporkan allahryaham ibu dan bapanya disahkan positif Covid-19 pada 17 Mei lalu selepas menjalani ujian calitan sehari sebelum itu.

Sepanjang Ramadan lalu mereka mengerjakan solat tarawih di surau berhampiran rumah di Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi dan kemungkinan mendapat jangkitan daripada situ.

Siti Nurul Hana kini menjalani kuarantin. – MalaysiaGazette