The registration for the second round of AstraZeneca vaccine will be opened at 12.00 pm this Sunday. PIX: MalaysiaGazette
- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berdukacita melihat peratusan pendaftaran vaksin di Kelantan  antara yang paling rendah iaitu sebanyak 33 peratus sehingga semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang telah diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin sebelum melakukan suntikan.

Petugas berkenaan juga perlu menunjukkan jarum suntikan yang telah dikosongkan kepada penerima vaksin selepas suntikan selesai.

Kedua-dua arahan tambahan itu telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk semua pengendali vaksin Pusat Pemberi Vaksin (PPV) AstraZeneca.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah penambahbaikan itu dilaksanaka berikutan dakwaan dos vaksin tersebut diberi pada kadar yang tidak mencukupi dalam satu insiden Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Penambahbaikan dalam SOP pemberian vaksin ini akan diperluaskan ke semua PPV yang lain. Di samping itu, pemantauan rapi terutamanya di PPV akan dipertingkatkan bagi memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Adham menegaskan, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan KKM bersama ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sedang membuat siasatan lanjut mengenai perkara itu.

Tambahnya, KKM akan sentiasa memastikan Program Pemberian Vaksin AstraZeneca dilaksanakan dengan jayanya dan selamat untuk penduduk Malaysia. – MalaysiaGazette