Individu yang sudah mendaftar akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera untuk tarikh vaksinsasi.

KUALA LUMPUR – Sehingga semalam, seramai 1,555,497 individu sudah divaksinasi daripada kira-kira 80 peratus imuniti kelompok yang disasarkan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), jumlah itu melibatkan Johor seramai 140,736 atau 4.96 peratus dari populasi penduduknya, diikuti Kedah 88,050 (5.51), Kelantan 72,380 (5.88), Kuala Lumpur 245,721 (16.59) dan Wilayah Persekutuan Labuan 13,108 (18.10).

Melaka pula seramai 39,247 atau 5.60 peratus telah divaksinasi, manakala Negeri Sembilan 67,595 (7.96), Pahang 96,207 (7.81), Pulau Pinang 78,024 (5.64), Perak 132,628 (6.86), Perlis 23,752 (12.62) Putrajaya 18,804 (33.05), Sabah 116,970 (3.99), Sarawak 153,425 (7.40), Selangor 204,153 (4.21) dan Terengganu 64,697 (7.697).

Kenyataan itu juga turut menyatakan seramai 10,573,415 individu telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi sehingga 1 tengah hari semalam.

Jumlah itu melibatkan Johor 1,275,535 atau 44.94 peratus, Kedah 565,911 (35.39), Kelantan 354,885 (28.81), Kuala Lumpur 866,094 (58.48), Labuan 38,734 (53.50), Melaka 332,096 (47.37), Negeri Sembilan 421,255 (49.5) dan Pahang 417,497 (33.8).

Negeri lain ialah Pulau Pinang 703,452 (50.8), Perak 756,346 (39.1), Perlis 71,607 (38.0), Putrajaya 61,392 (100.0); Sabah 507,333 (17.30), Sarawak 1,156,867 (55.83), Selangor 2,751,706 (56.81) dan Terengganu 292,704 (34.77).

Bagi melancarkan proses vaksinasi, Kementerian Kesihatan (KKM) membuka 382 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Orang ramai boleh merujuk laman web JKJAV https://www.vaksincovid.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi PPV. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast