Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, perkhidmatan makan dalam kereta (dine-in) tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, walaupun ia adalah idea baharu namun perkara itu tidak dibenarkan buat masa ini.

“Itu idea baru, mungkin mereka memikirkan dalam kereta satu keluarga, berkemungkinan idea itu timbul tapi ikut SOP tidak boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pada musim perayaan Hari Gawai dan Pesta Keamatan di pejabatnya, hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, perkhidmatan park-and-dine dalam kenderaan di negeri itu tidak tidak dibenarkan.

Malah, ia melanggar SOP dan boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa. – MalaysiaGazette