KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut dihempap sebatang pokok di Jalan Rawang menghala Kuala Lumpur, berhampiran stesen Shell Templer.

Ketua Komander Operasi Balai Bomba Selayang, Alias Dollah berkata, mangsa yang berusia 24 tahun maut ditempat kejadian.

“Sebatang pokok telah tumbang secara melintang dan menghempap seorang lelaki Melayu.

“Kematiannya disahkan oleh Hospital Selayang,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast