Christophe Galtier.

PERANCIS – Jurulatih Christophe Galtier mengumumankan perletakan jawatannya sebagai pengendali Lille dua hari selepas memenangi gelaran Ligue 1.

Akhbar harian Perancis, L’Equipe melaporkan, Galtier memberi alasan waktunya sudah tiba untuk meninggalkan kelab tersebut.

Jurulatih berasal dari Marseille berusia 54 tahun itu juga memberitahu, dia mengambil keputusan itu untuk mengelak “terikat kepada rutin.

Galtier yang dilantik pada 2017 mengakui dia kini mendapat tawaran daripada kelab Nice dan Lyon di Perancis, selain kelab Serie A, Napoli.

Galtier merencana perubahan Lille selepas menggantikan Marcelo Bielsa pada pertengahan musim 2017-18 apabila berjaya mengelak daripada zon penyingkiran.

Musim lalu, Lille berada di kedudukan liga yang ditamatkan awal kerana pandemik Covid-19 dan Ahad lalu kelab itu dimahkotakan selaku juara pertama kali sejak 2011.

Pada hari terakhir musim 2020/2021 mereka menewaskan Angers 2-1 bagi memastikan gelaran liga dengan satu mata di depan PSG. – MalaysiaGazette