safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

KOTA BHARU – Polis telah memanggil dua lagi saksi daripada lebih 10 jemaah yang mendirikan solat berjemaah di sebuah surau di Kampung Pauh Lima, dekat sini dalam keadaan rapat dan gelap sepanjang bulan Ramadan lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata dua saksi terbabit berumur dalam lingkungan 50 dan 60 tahun, dipanggil selepas mereka tamat menjalani tempoh kuarantin kerana disyaki positif COVID-19.

Setakat hari ini, seramai enam saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan susulan kejadian yang berlaku itu sehingga mencetuskan Kluster Pauh Lima.

“Hasil keterangan saksi terbabit, mereka mengaku menjalankan aktiviti keagamaan termasuk menunaikan solat jemaah sepanjang bulan Ramadan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa penjarakan fizikal selain turut menutup lampu surau.

“Kebanyakan mereka yang sudah dipanggil berumur lingkungan 60-an yang terdiri daripada pesara manakala mereka yang lain belum tampil memberi keterangan kerana sedang menjalani tempoh kuarantin,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata sebelum ini empat individu termasuk seorang imam telah diambil keterangan pada 19 Mei lepas dan hasil keterangan mendapati mereka mengaku solat berjemaah, rapat dan dalam keadaan gelap.

Katanya, siasatan masih diteruskan bagi mengambil keterangan daripada jemaah lain yang terdiri daripada penduduk tempatan di sekitar Kampung Pauh Lima.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342).

“Kita juga akan menjalankan siasatan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan penduduk Kampung Pauh Lima melanggar SOP dan sanggup solat tarawih dalam gelap demi mengelak dikesan pihak berkuasa selepas kerajaan negeri mengeluarkan arahan hanya empat jemaah dibenarkan bersolat di surau sepanjang PKP.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong dekat Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu di Kota Bharu bermula 19 Mei hingga 1 Jun ini.

— BERNAMA