Foto Instagram Eina Azman.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Datin Paduka Eina Azman memohon maaf kerana telah menimbulkan rasa kurang senang kepada sesetengah pihak ekoran gambarnya bersama suaminya selepas divaksin baru-baru ini.

“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat,” katanya dalam Instagram hari ini.

Walaupun pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan memandangkannya mempunyai masalah kesihatan namun ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

“Justeru itu, saya memadam posting daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada bertambah rumit.

“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham🙏🏻🙏🏻🙏🏻 Assalamualaikum,” tulisnya.

Sebelum itu, gambar Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah tular di media sosial apabila mereka didakwa memotong giliran pengambilan vaksin di salah sebuah hospital di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Netizen turut yang mempertikai bagaimana Eina boleh mendapatkan vaksin di hospital walaupun orang ramai mengambilnya di stadium.

Malah, pengguna media sosial juga bertanyakan sama ada Eina dan suami melanggar prosedur operasi standard dengan merentas negeri ke Perak.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Netizen pertikai Eina Azman, suami dapat suntik vaksin di hospital

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast