UPM

KUALA LUMPUR – Selepas seorang graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mendakwa ijazah doktor falsafah (PhD) yang diterima universiti awam itu tidak diiktiraf di luar negara,  MalaysiaGazette terus menerima banyak aduan isu yang sama hari ini.

Rata-rata graduan UPM itu mendakwa ijazah doktor falsafah (PhD) termasuk sarjana yang diterima dari universiti awam itu tidak mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selama ini.

Ini menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan di luar negara walaupun berjaya menamatkan pengajian hampir lima tahun bagi PhD.

Salah seorang graduan tersebut adalah memiliki PhD dalam komunikasi massa. Turut membuat aduan adalah graduan PhD dalam kejuruteraan sumber air dari Fakulti Kejuruteraan.

Aduan juga datang dari graduan PhD dalam bisnes ekonomi, PhD dalam farmasologi selain graduan sarjana (master) sains kejuruteraan.

Kebanyakan mereka membuat aduan dengan menyertakan jawapan balas emel dari MQA yang memaklumkan program pengajian mereka tiada dalam senarai Daftar Kelayakan Malaysia (MQR).

Turut dilampirkan surat penganugerahan ijazah oleh UPM menerusi Sekolah Pengajian Siswazah (SPP) yang mengesahkan Phd mereka dalam bidang tertentu.

Difahamkan mereka gagal mendapat visa di negara lain sama ada untuk tinggal atau bekerja gara-gara PhD mereka tidak mendapat akreditasi penuh MQA selama ini.

Kesemua yang berada dalam satu kumpulan Whatsapp kini dalam usaha mencari penyelesaian bersama untuk menyelesaikan masalah itu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Kenapa UPM keluar surat anugerah PhD komunikasi massa? – Graduan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast