Anggota-anggota polis sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian tembakan di halaman pejabat VTA. foto Reuters

SAN JOSE – Seorang pekerja transit menembak lapan rakan sekerjanya hingga mati dan kemudian membunuh dirinya di perkarangan kereta api komuter di di sini.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 pagi di Lembaga Pengangkutan Lembah Santa Clara (VTA).

Setakat ini punca kejadian belum diketahui.

Tetapi lelaki berkenaan melepaskan tembakan semasa majikan sedang mengadakan perjumpaan dengan pekerja-pekerja.

Polis tiba ketika tembakan masih dilepaskan.

Menurut polis, sebelum kejadian itu suspek telah membakar kediaman kakitangan milik VTA.

Skuad bomba yang tiba di lokasi kejadian menemui sekurang-kurangnya satu peranti letupan, kata Timbalan Polis Daerah Santa Clara, Russell Davis.

Lelaki bersenjata itu dan semua lapan mangsa terbabit adalah pekerja pengangkutan transit yang terletak berhampiran lapangan terbang bandar, kata polis.

Media melaporkan lelaki yang melakukan serangan itu dikenal pasti sebagai Samuel Cassidy, 57, merupakan kakitangan penyelenggaraan.

Dia bekerja sejak tahun 2012 dan pernah disenaraikan sebagai mekanik elektro dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai penyelenggara substesen pada tahun 2015 dengan gaji sebanyak AS$102,000 termasuk faedah dan AS$20,000 untuk kerja lebih masa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast