KUALA LUMPUR – Seorang petugas peronda lebuh raya maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) hari ini.

Mangsa, Azman Junin berusia 55 tahun itu meninggal di tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu turut melibatkan kenderaan peronda lebuh raya dan kereta orang awam, kata polis dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa serta rakannya sedang bertugas mengawal lalulintas kerana terdapat sebuah kenderaan yang terlibat dalamĀ  kemalangan akibat terbabas.

Dalam pada itu beberapa kenderaan orang awam juga berhenti di tepi lebuh raya melihat kemalangan yang sama.

Kemudian, sebuah kenderaan lain yang berada di lorong paling kanan yang sedang bergerak lurus secara tiba-tiba telah hilang kawalan lalu merempuh kenderaan di tepi lebuh raya.

Akibat rempuhan itu beberapa orang mangsa telah cedera dan telah di bawa ke hospital termasuk seorang mangsa yang meninggal dunia.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan video yang menunjukkan kejadian kemalangan itu dengan mangsa yang cedera sedang dibantu orang ramai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast