Covid-19 cases record high Healthcare workers from Sel Care Selangor conducting Covid-19 screening at DUN Paya Jaras. PIX: MOHD ADZLAN/ MalaysiaGazette / 26 MAY 2021.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat memerlukan penglibatan sukarelawan bagi meringankan beban yang dipikul petugas kesihatan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian tersebut berharap lebih ramai orang menjadi sukarelawan kesihatan untuk menangani Covid-19.

Berdasarkan lampiran daripada Unit Mobilisasi, Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) yang dikongsikan oleh Noor Hisham, antara sukarelawan yang diperlukan adalah Pegawai dan Penolong Perubatan, Pegawai Pergigian, Jururawat, Pegawai dan Penolong Kesihatan Persekitaran serta Juruteknologi Makmal Perubatan.

Permohonan boleh diajukan menerusi pautan di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScFIFMgUXTyLS0E87R0SkXPhxbTHn73PwF2mvWAXutzhY375A/viewform?usp=send_form.

Untuk rekod, baru-baru ini Noor Hisham menggesa orang ramai untuk bersedia menghadapi gelombang Covid-19 yang lebih buruk.

Ujar beliau, ia berdasarkan kes yang meningkat sejak 1 April lalu yang mencecah lebih 7,000 kes positif Covid-19 sehari.-MalaysiaGazette