PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seramai 10 individu daripada dua keluarga ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian merusuh di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PRR) Kempas di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Rupiah Abd Wahid berkata kesemua 10 yang ditahan berumur antara 12 hingga 45 tahun dan siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan masalah peribadi.

“Rabu lepas, polis menerima laporan orang awam berkenaan satu pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk pada 6.45 petang dan kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata.

“Kesemua individu juga sudah dikenakan tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan dikompaun mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, dengan tertangkapnya kesemua individu berkenaan, polis menganggap kes berkenaan sudah selesai.

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video dan gambar yang mendakwa pergaduhan terbabit melibatkan penolong setiausaha sebuah parti politik di Pulai. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast