BAITULMAQDIS – Serangan ke atas Genting Gaza menunjukkan kemajuan signifikan daripada aspek jarak dan ketepatan roket yang dicapai kumpulan Hamas, kata seorang pegawai kanan Israel.

Rangkaian televisyen Hebrew Saluran 12 memetik pegawai yang berkhidmat untuk sistem pertahanan udara berkata: “Hamas telah membangunkan sistem peluru berpandu dalam semua aspek, dalam aspek jarak peluru berpandu, meningkatkan peledak letupan dalam sesetengahnya selain menambah baik ketepatan,”.

Pegawai itu bekata, ‘cabaran pada masa operasi ialah pelancaran berdozen-dosen roket dari kawasan yang berbeza pada pasa yang sama’ dan beliau mendakwa 90 peratus daripada roket tersebut dipintas sistem pertahanan udara Israel, Iron Dome.

Tambahnya, rahsia kejayaan memintas sejumlah besar roket terletak pada sistem ketenteraan Israel yang telah lama mengikuti ujian peluru berpandu ke arah laut yang dilakukan pejuang Hamas.

Selain itu, pegawai yang bertanggungjawab terhadap perisikan di bahagian selatan dikenali sebagai R berkata, sistem peluru berpandu Hamas berada di merata tempat di Genting Gaza.

Beliau menambah, pelancaran peluru berpandu dilakukan dalam beberpa cara namun diarahkan oleh kuasa ketenteraan tinggi, Muhammad Al-Deif dan ia mencukupi untuk sebuah peluru berpandu mencutuskan siren di seluruh bandar di Israel, dan ini merupakan matlamat kumpulan itu.

Rangkaian televisyen tersebut turut memetik pegawai risikan lain menyatakan peralatan dimiliki beberapa bulan lalu yang mana sistem risikan Israel menjejaki lokasi roket dan menghantar koordinat kepada bilik operasi Pemerintah Selatan bagi menjadikannya sebagai sasaran melalui udara.

Ujarnya, tentera Israel menganggarkan kumpulan Hamas masih memiliki ‘beratus-ratus peluru berpandu jarak jauh’ selepas serangan lalu.

“Walaupun menyasarkan sejumlah besar pelancar roket Hamas, pergerakan itu melancarkan 4,600 roket dan mortar dan mengganggu kehidupan majoriti penduduk Israel,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast