Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

LUMUT – Polis merampas sejumlah dadah jenis methamphetamin dan menahan tujuh lelaki dipercayai penagih yang sedang khayal selepas mengambil dadah di sebuah rumah di Pantai Remis, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata, semua buruh berumur antara 25 dan 49 tahun yang ditahan anggota dari Balai Polis Pantai Remis pada kira-kira pukul 4.25 petang itu kini direman selama empat hari, dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, semakan mendapati enam suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, dan mereka juga dikenakan kompaun RM1,500 tiap seorang kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Siasatan awal mendapati rumah berkenaan milik suspek berusia 30-an yang masih bujang dan dijadikan sarang melepaskan gian sejak sebulan lepas,” katanya ketika ditemui pada pemantauan PKPD di Sungai Wangi, Sitiawan di sini, hari ini.  – Bernama