Covid-19 screening cases
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya tinggal dua zon kuning Covid-19 di Semenanjung Malaysia dan tujuh zon jingga.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya tinggal dua zon kuning Covid-19 di Semenanjung Malaysia dan tujuh zon jingga.

Berdasarkan taburan yang diberikan KKM, kedua-dua zon kuning di Pahang itu adalah di Rompin dengan 15 kes dan Cameron Highlands dengan 19 kes.

Dalam pada itu, ketujuh-tujuh zon jingga adalah Perak Tengah dengan 47 kes, daerah Muallim dengan 39 dan Kampar di Perak dengan 38 kes.

Empat lagi adalah di Sik (Kedah) dengan 33 kes, 27 kes di Gua Musang (Kelantan), Kemaman (Terengganu) dengan 27 kes dan Mersing (Johor) dengan 29 kes.

Lain-lain daerah di Semenanjung direkodkan sebagai zon merah ialah Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka, Putrajaya dan Selangor berada di zon merah keseluruhan semalam.

Daerah Petaling mencatatkan jumlah kes positif tertinggi dengan 9,891 kes, diikuti Hulu Langat (6,182), Klang (4,746 kes), Johor Bahru (3,902) diikuti Gombak (3,881) dan Kota Bharu (3,571).

Dalam pada itu, KKM berkata,  zon hijau di Sarawak semakin berkurangan dengan hanya satu iaitu di Telang Usan dan enam zon hijau di Sabah.

Sarawak mencatatkan 28 zon merah, tiga zon jingga dan tujuh zon kuning.

Sabah pula mencatatkan sebanyak 14 zon merah dengan Tawau tertinggi dengan 603 kes positif Covid-19 manakala dua zon dikategorikan zon jingga dan lima zon kuning. – MalaysiaGazette