Sebanyak 68 tan produk kayu yang sudah di gergaji di tahan MAQIS diPelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), pada Jumaat kerana didapati  menggunakan permit tamat tempoh.

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis ) merampas sebanyak 68 tan produk kayu gergaji di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Jumaat lalu kerana didapati  menggunakan permit tamat tempoh.

68 tan produk kayu yang sudah di gergaji di tahan MAQIS diPelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), pada Jumaat kerana didapati  menggunakan permit tamat tempoh

Pengarah MAQIS Johor, Hizzuan Hasim berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan pegawai penguasa di PTP pukul 3.50 petang menemukan produk kayu dari Kanada itu dalam sebuah kontena.

“Kami mendapati produk kayu dianggarkan bernilai RM210,776 itu dibawa masuk menggunakan permit import sudah tamat tempoh.

“Kesemua produk kayu ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya melalui satu kenyataan disini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah akta berkenaan.

Hizzuan berkata, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.
Manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh didenda maksimum RM150,000 atau dipenjarakan maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya.-MalaysiaGazette