KUALA LUMPUR – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang disahkan positif Covid-19 pada minggu lalu meninggal dunia di Ipoh hari ini.

Ia disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi media hari ini.

Allahyarham berusia 82 tahun itu meninggal dunia pukul 2.45 petang tadi di ospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak.
Harussani sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi di HRPB selepas disahkan positif wabak Covid-19.

Ucapan takziah turut dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak.- MalaysiaGazette