Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Warga maya rata-rata mempertikaikan keputusan kerajaan membenarkan banyak kilang beroperasi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang bermula esok selama 14 hari.

Lantaran itu, Ketua Pemuda UMNO mencadangkan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil secara live dalam sidang media untuk menjelaskan rasional kelulusan setiap industri kilang yang atas nama perkhidmatan penting.

Datuk Seri Asyraf Wajdi Dasuki berkata, antara yang beliau kurang faham kilang elektrik dan elektronik turut dibenarkan beroperasi atas nama keperluan.

Susulan posting tersebut di Facebooknya, kira-kira 3.1 komen dibuat.

Rata-rata warga maya setuju dengan saranan yang dibuat oleh Asyraf.

Pemilik akaun Rudy Wan Rahman berkata, sampai bila kes nak turun jika cara lockdown dengan cara macam ini.

”alik-alik rakyat juga disalahkan tak patuh SOP katanyee..,” ujar beliau.

Didi pula menambah: ” Azmin Ali dan MITI ni mereka x pedulikan apa yg Dr suarakan sbb mereka pilih kuasa kroni2 mereka atas kepentingan peribadi… Klu betul mereka peduli perkara macam ni tak berlaku.,” katanya.

Menurut Fika Afizan: “Lockdown pebenda..baik xyah lockdown..banyak lagi kilang2 buka..baik buat pkp,pkpp,pkpb pkabcdefg smpai la keseterusnya..klu mcm ni xde gaya nmpk penurunan”.

Mickey Laymon turut bertanya: “Dato, 17sektor masih boleh dibuka. Adakah ni dipanggil “total lockdown” Tanya je”.

”Kkami setuju dgn lockdown ni dato,tapi biar adil..mcm kami ni hanya berkerja sendiri hanya tukang kampung,,semua syarikat pembinaan yg besar dibenarkan beroperasi atas kebenaran kementerian dan cidb,,jadi yg mcm kami ni..tang mana kementerian kami nak mohon…dulu melalui Pdrm..alhamduliah..tapi sekarang tak boleh..jadi ibarat menutup periuk nasi kami dato..dan kami redho,” kata pemilik akaun Pak Chu.

Menjawab komen-komen netizen, Asyraf berkata,
kebimbangan rakyat ini ada asasnya kerana ramai yang berkongsi senario di kilang masing-masing, apabila ada kes Covid-19, hanya satu-satu seksyen sahaja yang ditutup bukan seluruh kilang.

Risikonya, kebanyakan pekerja kilang tinggal dalam komuniti yang sama, di flat-flat dan penempatan dengan orang awam yang lain.

Mereka juga membeli belah di Giant, kedai runcit yang sama.

”Apakah jaminan infeksi virus tidak menular?
Data dan sains menunjukkan lebih 50% punca penularan virus daripada kilang-kilang..,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast