KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif harian Covid-19 mencatat penurunan dua hari berturut-turut dengan 6,824 kes dicatatkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 572,357 kes.

Jelas beliau, Selangor kekal dengan jumlah tertinggi iaitu 2,111 kes dengan semua negeri mencatat pertambahan kes hari ini .

Kelantan muncul negeri kedua tertinggi dengan 695 kes, Sarawak (654), Johor (489) dan Kedah 464 kes.

“Perlis pula mencatat pertambahan dua digit iaitu 12 kes dilaporkan hari ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya di sini hari ini

Semalam, sebanyak 6,999 kes harian Covid-19 dilaporkan selepas lima hari merekodkan kes lebih 7,000 dengan jumlah kes tertinggi sebanyak mencecah 9,020 kes sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast