Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian The 6th International Cyber Resilience Conference (CRC2026) di Hotel Bangi Resort, Selangor. Foto SADIQ SANI, 02 SEPTEMBER 2026.

BANDAR BARU BANGI – Kerajaan tidak boleh sekadar menjadi pemerhati dalam perkembangan kecerdasan buatan (AI), sebaliknya perlu segera mengadaptasi teknologi itu bagi memastikan negara kekal relevan dalam menghadapi perubahan dunia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, AI kini merupakan antara teknologi yang mampu menjadi “game changer” sebagaimana beberapa penemuan teknologi penting pada masa lalu.

“Sikap yang betul adalah segera embrace AI. Jangan jadi penonton tepi.

“AI ini game changer sekarang,” katanya pada sidang media pada Majlis Perasmian The 6th International Cyber Resilience Conference (CRC2026) di Hotel Bangi Resort, di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melakukan gimik perasmian pada Majlis Perasmian The 6th International Cyber Resilience Conference (CRC2026) di Hotel Bangi Resort, Selangor. Foto SADIQ SANI, 02 SEPTEMBER 2026.

Menurut Saifuddin Nasution, Malaysia tidak perlu terlalu memberi tumpuan kepada usaha menguasai teknologi AI pada tahap yang sama seperti kuasa besar dunia.

Sebaliknya, katanya, negara perlu memberi penekanan terhadap penggunaan dan aplikasi AI untuk menyelesaikan masalah serta meningkatkan kecekapan.

“Kita bercakap bukan soal menguasai teknologi AI yang ini kuasa besar dunia macam Amerika dan China jauh ke depan.

“Tapi aplikasi AI tak ada siapa boleh sekat kita, tak ada siapa,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan sama perlu diterapkan dalam kalangan agensi penguatkuasaan bagi membolehkan mereka berdepan sindiket jenayah yang semakin canggih.

“Penjenayah kini turut menggunakan teknologi AI untuk memperdaya mangsa, termasuk meniru suara dan menghasilkan bahan palsu.

“Justeru, penguat kuasa tidak boleh lagi menggunakan pendekatan lama dalam menangani ancaman jenayah moden,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here