Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan terus dibantu kerajaan untuk memastikan kelangsungan perniagaan dalam menguruskan aliran tunai.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan terus dibantu kerajaan untuk memastikan kelangsungan perniagaan dalam menguruskan aliran tunai.

Sehubungan itu, Geran Khas Prihatin (GKP) akan ditambah sebanyak RM500 kepada RM1,500.

Ini bermakna hampir sejuta PKS dan perusahaan mikro akan menerima RM1,00 pada pertengahan Jun ini dan RM500 lagi pada bulan Julai.

Perdana Menteri berkata, para peniaga yang ingin mendapatkan pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak RM1.5 bilion disediakan tahun ini oleh Bank Simpanan Nasional, TEKUN, MARA, SME Corp dan YaPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi membantu aliran tunai syarikat dan PKS, institusi perbankan akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman.

Dana institusi perbankan telah memantapkan pelbagai fasiliti pinjaman mudah PKS pembiayaan Bank Negara Malaysia yang berbaki RM5 bilion.

Bagi menyokong PKS, BNM akan menambah fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion.

“Dengan itu jumlah dana pinjaman PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5% yang masih tersedia adalah sebanyak RM7 bilion,” katanya ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast