Kemlangan maut membabitkan tiga kenderaan menyebabkan pemandu van mati di lokasi kejadian dalam insiden pagi tadi di Persiaran Bandar Baru Bangi.

BANGI – Seorang maut manakala seorang lagi parah dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Bandar Baru Bangi hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 9.36 pagi di Jalan Persiaran bandar Baru Bangi dari arah Kajang Utama menghala ke Sungai Ramal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, semasa kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton sedang dalam perjalanan dari Kajang Utama menghala ke Sungai Ramal.

“Setibanya di Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi, pemandu pacuan empat roda itu telah gagal mengawal kenderaan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah van.

“Manakala, pada masa yang sama sebuah kereta yang datang dari arah belakang van berkenaan tidak sempat mengelak pertembungan itu atau berhenti lalu melanggar belakang van tersebut.

“Akibat daripada impak perlanggaran yang kuat dari kenderaan pacuan empat roda itu menyebabkan pemandu van mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Mohd Sabri berkata, pemandu kereta pula terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian membabitkan tiga kenderaan itu.

Sementara itu, beliau berkata, ketiga-tiga buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini akan di hantar untuk pemeriksaan Puspakom bagi mengesahkan kerosakan akibat kemalangan tersebut.

“Sampel darah dan urin pemandu pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan ini akan dihantar untuk pemeriksaan Toksikologi untuk mengesahkan kandungan alkohol dan dadah.

“Pemandu van yang meninggal dunia di lokasi kejadian itu mayatnya telah dipohon bedah siasat bagi mengesahkan punca kematiannya.

“Kes disiasat di bawah Sek.41(1) APJ 1987 kes masih dalam siasatan pihak polis,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.