Kerajaan akan memberi Bantuan Khas secara sekali bayaran sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran dan e-hailing yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi Bantuan Khas secara sekali bayaran sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran dan e-hailing yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

Mereka yang terbabit ialah seramai 17,000 pemandu pelancong, 40,000 pemandu teksi, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 bas persiaran dan 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing.

Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima berdaftar pada bulan Julai, kata Perdana Menteri ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+). – MalaysiaGazette