Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk menentukan pelaksanaan dan penyediaan moratorium.

Sebaliknya, kata Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, keputusan moratorium hasil perbincangan antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi perbankan.

“Kerajaan tidak boleh mengawal bank-bank. Ia ditetapkan oleh bank-bank dan Bank Negara Malaysia yang menyelaras usaha ini,” kata Menteri Kewangan  pada sidang media di sini.

Beliau menjawab mengapa kerajaan tidak melaksanakan morotarium automatik seperti yang dibuat semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0.

Semalam, semasa pengumuman Pemerkasa+, Perdana Menteri berkata, hanya kumpulan B40, perusahaan kecil dan sederhana, perusahaan mikro dan golongan yang hilang pekerjaan sahaja diberikan moratorium.

Menurut Tengku Zafrul, di bawah penetapan tersebut, hanya mereka yang layak akan diberi kelulusan apabila membuat permohonan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast