KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan menutup operasi Majlis Perbandaran Selayang dan semua kemudahan-kemudahan lain di bawah pentadbirannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Penutupan itu melibatkan:

1. Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Selayang
2. Pejabat Cawangan Rawang
3. Pejabat Cawangan Sri Gombak
4. Pejabat Cawangan Wangsa Permai
5. Operasi Kaunter Pandu Lalu
6. Kaunter Bergerak MPS
7. Stadium MPS
8. Kolam Renang
9. Dewan- Dewan Awam,
10. Taman-Taman Awam dan Pusat Rekreasi

Tindakan penutupan ini perlu diambil bagi menyekat penularan wabak Covid-19 daripada terus merebak di seluruh pentadbiran MPS.

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh berurusan secara dalam talian dengan melayari www.mps.gov.my atau melalui aplikasi web yang disediakan sepanjang tempoh PKP.

Orang ramai juga boleh berhubung secara terus dengan jabatan melalui e-mel dengan merujuk direktori jabatan di laman web MPS.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun aduan, orang ramai boleh menghubungi talian Kaunter Aduan MPS yang akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di hotline 03-6138 9898 atau talian bebas tol 1800-222-677. – MalaysiaGazette