Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Ibu bapa berperanan sebagai pelindung kepada kanak-kanak dan mereka perlu mengambil tindakan proaktif untuk melindungi mereka agar tidak terdedah kepada bahaya jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak agar kekal berada di rumah dan tidak keluar berjumpa kawan atau mengunjungi jiran tetangga.

“Hanya wakil keluarga dibenarkan untuk membeli barang keperluan keluarga, seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam perkara ini, ibu bapa sendiri perlu menjalankan tanggungjawab ini dan
tidak membenarkan anak-anak remaja mengunjungi tempat tempat awam yang sesak dan berisiko tinggi,” katanya menerusi kenyataan berhubung perkembangan semasa Covid-19 hari ini.

Tambah beliau, ibu bapa perlu menasihatkan anak-anak supaya mereka sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan kendiri yang betul sekiranya terpaksa keluar daripada rumah atas mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Katanya, ibu bapa yang mempunyai bayi dan kanak kanak bawah lima tahun perlu menjalankan tanggungjawab dengan kekal duduk di rumah, tidak membawa anak-anak ke tempat-tempat yang berisiko seperti pasaraya, pasar awam, dantempat yang sesak.

Malah, ibu bapa juga turut digalak menggunakan pembelian atas talian bagi membantu mendapatkan keperluan seharian, ujarnya.

Beliau turut menyeru agar ibu bapa mengambil berat isu keselamatan dan kesihatan golongan kanak-kanak ini memandangkan mereka masih kecil dan sistem pertahanan tubuh yang belum matang.

“Oleh itu, mereka cenderung untuk dijangkiti virus SARS-CoV-2. Kumpulan ini juga belum termasuk dalam golongan usia yang layak menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Justeru, ibu bapa dan ahli masyarakat sekitar harus melindungi mereka dengan mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin.

“Melalui cara ini, persekitaran yang lebih selamat dapat sama-sama kita bina bagi kelestarian generasi masa hadapan,” tambahnya. – MalaysiaGazette