logo polis
Gambar hiasan

KAJANG – Seorang lelaki warga Myanmar yang tidak sedarkan diri sejak 14 Mei lalu meninggal dunia pagi ini, disyaki dibunuh.

Hospital Kajang sebelum ini membuat laporan menerima mangsa yang cedera parah di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa telah dimasukkan ke zon kritikal dan kemudian dipindah ke wad Hospital Kajang sehingga hari ini.

Dia ceder  akibat terkena objek tajam.

“Mangsa tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke wad.

“Bagaimanapun sekitar jam 6. 53 pagi tadi mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau,  polis mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, simati dikenalpasti sebagai Kyaw Swan, berusia 20-an dan tiada pengenalan diri yang lain.

Pihak polis sedang mengesan rakan atau majikan mangsa atau individu yang menghantar mangsa ke Hospital Kajang pada 14 Mei lalu.

Individu atau saksi yang ada maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk tampil bagi membantu siasatan serta boleh menghubungi IPD Kajang di talian 03-8911 4222 atau mana-mana Balai Polis atau Pegawai Penyiasat kes ASP Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100

Sementara itu sumber memaklumkan mangsa ketika dimasukkan ke hospital sempat memaklumkan kepada pegawai perubatan di wad kecemasan ia telah ditikam sebelum tidak sedar diri.

Malah individu yang menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan tidak memberikan nombot telefon yang lengkap dalam rekod pendaftaran.

“Ketika ditanya doktor semasa rawatan, dia sempat bercakap dia telah ditikam.. itulah perkataan terakhir dia cakap sebelum tak sedar diri.

“Orang yang membawa mangsa pula didapati memberikan nombor yang tak lengkap dan  menyulitkan keadaan,” menurut sumber. – MalaysiaGazette