KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menambahbaik Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+) dengan melaksanakan beberapa inisiatif yang memfokuskan kepada golongan M40.

Persatuan Pemerkasaan Kitar Semula Malaysia (Perkesa) kesal kerana golongan ini tidak mendapat sebarang manfaat daripada pengumuman Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin meskipun mereka turut terjejas.

Pemerkasa+ lebih memfokuskan kepada golongan rentan dan yang terjejas seperti B40, perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana.

Sedangkan kumpulan B40 telah berdaftar di bawah pangkalan data untuk pelbagai inisiatif seperti BPR, PSU, GKP dan ini membolehkan saluran dilakukan dengan cepat.

”Perkesa melihat wujudnya kebimbangan dalam kalangan M40 yang merasakan bahawa mereka ini tidak mendapat apa-apa di bawah Pemerkasa+. Golongan M40 juga terjejas jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh ini berlanjutan untuk beberapa bulan akan datang,” kata Presiden Perkesa, Datuk G.Kumaar Aamaan

Oleh itu, pihaknya berharap kerajaan akan mengambil berat kerisauan golongan M40 ini dengan memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa memantau situasi dari masa ke semasa dan turut memberi bantuan jika mereka berada dalam keadaan memerlukan.

Perkesa turut mencadangkan moratorium wajar dilaksanakan sekali lagi untuk rakyat yang terjejas.

”Kerajaan harus mempertimbangkan pemberian moratorium untuk satu tempoh yang munasabah sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini. Bantuan ini akan
membolehkan mereka yang terjejas dapat memulihkan keadaan kewangan masing-masing,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast