Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO berharap Menteri Kanan Pertahanan dan Majlis Keselamatan Negara menilai semula secara terperinci semua syarikat-syarikat dan kilang-kilang yang mendapat kelulusan beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ia susulan sebanyak 95, 142 syarikat dan kilang telah diluluskan beroperasi.

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan semua syarikat dan kilang terbabit benar-benar termasuk dalam 12 kategori perkhidmatan perlu.

Tegas beliau, rakyat sudah bersedia untuk melalui tempoh 14 hari total lockdown yang diputuskan kerajaan bagi memutuskan rantaian virus Covid-19 buat kesekian kalinya.

Namun, rata-rata maklum balas rakyat melahirkan kebimbangan jika kelonggaran diberikan kepada kilang-kilang dan syarikat-syarikat yang tidak benar-benar berkeperluan untuk beroperasi dalam tempoh 14 hari ini dan rakyat terpaksa diheret secara berterusan untuk menghadapi PKP yang tiada kesudahan.

Katanya, pengorbanan semua untuk mematuhi pelaksanana total lockdown ini amat ditagih agar rakyat tidak perlu lagi untuk sengsara secara berterusan.
Katanya, biarlah susah sekali bukan berkali-kali. – MalaysiaGazette