KUALA LUMPUR – ShopeePay mencatatkan sambutan hebat dengan kira-kira 500,000 tuntutan bagi kredit e-dompet bernilai RM150 pada hari pertama pelancaran program eBelia pada Selasa.

Dalam kenyataan pada Rabu, ShopeePay menjelaskan penuntut yang berjaya bukan sahaja menerima kredit e-dompet RM150 ketika mereka menuntut melalui ShopeePay, malah dijamin menerima baucar tambahan bernilai RM500, menjadikan jumlah ganjaran sehingga RM650.

Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata, walaupun eBelia diumumkan sebagai bantuan untuk meringankan beban kewangan belia di Malaysia dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai, pihaknya yakin program itu akan berperanan lebih besar ke arah menjana aktiviti ekonomi dan jualan peniaga tempatan secara serentak.

Beliau berkata, ShopeePay berbesar hati kerana diberi peluang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan, menjadi antara e-dompet rasmi bagi program eBelia, selari dengan usaha berterusannya untuk mengembangkan ekonomi digital Malaysia.

“Usaha digital ini akan mencorak satu kejayaan bagi ekonomi digital negara ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga bekerjasama rapat dengan para penjual dan jenama untuk menawarkan penghantaran percuma menerusi pembelanjaan minimum RM6, diskaun 66 peratus serta baucar harian dan banyak lagi semasa 6.6 Jualan Hebat yang berlangsung hingga 6 Jun.

Menerusi penjimatan hebat, golongan belia dapat membeli lebih banyak barangan keperluan tanpa berbelanja secara berlebihan, katanya.

Selain ganjaran tunai yang akan diberikan, 20,000 penuntut eBelia ShopeePay pertama akan menerima pulangan tunai tambahan sebanyak RM5 dengan pembelanjaan minimum RM10 apabila mereka mengimbas kod QR DuitNow e-dompet atau bank lain bagi membuat pembayaran.

Program eBelia dibuka untuk pendaftaran kepada rakyat Malaysia berusia 18 hingga 20 tahun pada 2021, atau pelajar sepenuh masa yang berdaftar dalam kursus setaraf dengan diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan.

Layari https://shopee.com.my/m/ebelia-claim untuk menuntut kredit eBelia RM150 melalui ShopeePay dan mendapat baucar tambahan bernilai RM500 yang dijamin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast