KUALA LUMPUR – Pengacara Fara Hanim Razak memohon maaf kepada pelakon Rita Rudaini dan Lufya Omar di atas ketelanjurannya mendakwa dua jirannya individu antivaksin.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fara berkata, dia bermuhasabah diri dan menerima setiap teguran yang diberikan.
“Anim sedar apa yang Nabi junjungan besar kita berpesan, ‘Setiap anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. (Riwayat Ibn Majah).
“Atas pesan Nabi kita, InshaAllah Anim menginsafi kelemahan dan akan baiki diri Anim untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik,” tulisnya.
Pengacara itu memuat naik status tersebut di Twitter memberi gambaran nama artis itu bermula pangkal huruf RR dan LL.
Namun, netizen dapat meneka jiran yang dimaksudkan itu adalah Rita dan Lufya.
Dalam entri sama, Fara juga memberitahu, dia sudah pun menghubungi kedua-dua selebriti berkenaan untuk memohon maaf.
Malah, suaminya juga turut memberi nasihat sebaiknya.
“Anim baru sahaja menghubungi pihak terbabit untuk memohon maaf dan di sini juga Anim ingin memohon maaf secara terbuka.
“Hasrat Anim hanya satu iaitu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menentang ancaman virus Covid-19.
“Sesungguhnya kita belum menang, tapi kita boleh menang bila hati kita bersatu bersama berjuang dengan penuh sabar. Sekali lagi, Anim mohon maaf. Terima kasih semua,” tulisnya.
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast