Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob MCO burger seller stall RM50,000 compound Wan Mohd Faisal Wan Kadir KD Mahawangsa Covid-19 positive crewmen crew navy ship
Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Kabinet menyerahkan kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbincang dengan rakan sejawatnya di China berhubung isu pencerobohan 16 pesawat negara itu di ruang udara semalam.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada awalnya, isu itu telah ditangani Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan perinciannya telah diumumkan Panglimanya, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

“Bagaimanapun, Kabinet semalam bersetuju perbincangan itu dibuat antara dua menteri Luar masing-masing. Saya difahamkan, Hishammuddin akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Plus yang akan diadakan di China, mereka boleh berjumpa, berbincang dan mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran sumbangan pembinaan Hospital Modular Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan tentera (HAT) Tuanku Mizan di sini hari ini.

BACA: Malaysia protes China isu pencerobohan pesawat tentera – Hishammuddin

Semalam, TUDM mendedahkan, pihaknya telah mengesan penerbangan mencurigakan 16 pesawat Tentera Udara milik China iaitu People’s Liberation Army-Air Force (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei lalu.

Ackbal dilaporkan berkata, penerbangan pesawat tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi waktu tempatan.

Pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain dan formasi panjang itu juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

Menurut Ismail Sabri, tindakan segera diambil kerajaan Malaysia semalam juga dengan memanggil Duta China untuk diberikan nota prites bantahan.

Pastinya kita tidak akan membiarkan kedaulatan negara dicabar oleh sesiapa pun dan tanggungjawab ini telahpun dilakukan oleh TUDM,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

TUDM pintas 16 pesawat tentera China ceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia