Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah mengenal pasti langkah intervensi yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi membantu usahawan menangani impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah mengenal pasti langkah bersesuaian untuk dilaksanakan bagi membantu usahawan menangani impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara langkah tersebut meneruskan pelaksanaan langkah intervensi di bawah Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi MEDAC, bantuan pembiayaan dan moratorium secara bersasar.

“Dalam pada itu, MEDAC juga akan melaksanakan siri kaji selidik seterusnya selepas dua minggu tempoh lock down dilaksanakan.

“Ini bagi menilai impak lanjut yang dihadapi oleh usahawan termasuk langkah keberkesanan intervensi yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang media secara mayai hari ini.

Sidang media itu diadakan berhubung Laporan Kaji Selidik Impak Pelaksanaan PKP Terhadap Usahawan di negara ini.

Seramai 3,855 responden terlibat dalam kaji selidik yang dilaksanakan oleh Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Daripada jumlah tersebut, majoriti 58 peratus adalah perusahaan mikro manakala bakinya adalah perusahaan kecil, dan sederhana, koperasi dan informal.

Pada masa sama, Wan Junaidi turut menggesa masyarakat agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan memainkan peranan bersama menjaga keselamatan dan kesihatan melalui pengambilan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Sokongan kepada pelaksanaan program ini akan membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara dan mengembalikan semula kualiti kehidupan rakyat yang teruk terjejas ketika pandemik.

“Saya juga berharap dengan penyebaran maklumat antivaksin kerana senario telah membukti di England, rakyat mereka kini dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas program imunisasi komuniti telah berjaya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast