Friday, April 26, 2024
Home Dunia AS jual pangsapuri Riza pada harga RM69 juta

AS jual pangsapuri Riza pada harga RM69 juta

Riza Shahriz Abdul Aziz
KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah menjual pangsapuri milik Riza Shahriz Abdul Aziz iaitu anak tiri kepada Datuk Seri Najib Razak pada nilai AS$16.8 juta (RM69 juta).
Pangsapuri elit terletak di tengah kota New York itu merupakan pertukaran untuk menggugurkan pertuduhan pengubahan wang haram terhadap dirinya.
Menurut New York Times (NYT), kediaman di 15 West 63rd Street itu dipercayai antara penjualan semula hartanah kediaman yang paling mahal pernah direkodkan.
Dalam laporan itu, NYT turut menyenaraikan beberapa unit hartanah, termasuk sebuah pangsapuri tiga bilik dekat 220 South Central Park iaitu bangunan kediaman paling mahal di New York, dijual semula pada harga AS$33 juta Mei lalu.
Hartanah tiga bilik tidur merangkumi separuh tingkat 55 itu ditutup pada harga permintaan penuh sebanyak AS$33 juta, iaitu 23 peratus lebih tinggi daripada hampir AS$26.8 juta yang dibayar oleh penjual pada akhir tahun 2019.
WSJ pula memaklumkan bahawa perjanjian itu dapat berfungsi sebagai penentu untuk menentukan sama ada pangsapuri lain di kompleks kondominium sekitarnya akan meningkat.
Pada 14 Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Riza Aziz berhubung lima pertuduhan membabitkan dirinya dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB. – MalaysiaGazette