David Luiz.

KUALA LUMPUR – Pertahanan Brazil, David Luiz akan meninggalkan Arsenal apabila kontraknya tamat manakala Martin Odegaard, Dani Ceballos dan Mat Ryan juga dijangka akan meninggalkan Stadium Emirates.

Luiz memilih tidak menerima tawaran Arsenal untuk tawaran kontrak baharu seterusnya menamatkan dua musim di kelab utara London itu.

Bekas pertahanan tengah Chelsea itu berdepan kesukaran bersama Gunners apabila bergelut untuk konsisten sebelum terlepas penamat musim kerana kecederaan.

Luiz, 34, membantu skuad kendalian Mikel Arteta menang Piala FA pada 2020 dan memberikan ucapan penuh emosi kepada rakan sepasukan sebelum perlawanan terakhir Liga Perdana.

Penjaga gol Australia, Ryan melakukan tiga penampilan ketika dipinjamkan namun akan kembali ke Brighton.

Pasangan Real Madrid, Odegaard dan Ceballos akan kembali ke La Liga selepas tamat tempoh pinjaman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast